Pelaksanaan Program Penetapan Target SPM 2016 telah dilaksanakan pada 8 April 2016. Rangka kerja program ini telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bidang Kurikulum dan Bidang Hal Ehwal Murid (HEM). Ramai ibu bapa dan waris murid telah hadir berjumpa dengan guru tingkatan bersama-sama pembantu guru tingkatan bagi menetapkan sasaran bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan untuk persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 kelak.
Persediaan bagi melaksanakan Program Penetapan Target SPM 2016
|
Penetapan target |
No comments:
Post a Comment